Lijiang, Yunnan Trip – Day 4 (Jade Dragon Snow Mountain)

lj15

Hari ini kami akan menghabiskan masa satu hari untuk ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) yang juga dikenali sebagai Yulong Snow Mountain bagi masyarakat lokal di sini. Jaraknya dari Old Town Lijiang lebih kurang 30km. Seperti dijanjikan, Yang Lei telah mengaturkan driver dan kereta untuk kami ke JDSM dengan bayaran CNY300 untuk satu hari. Kami akan bertolak jam 9:00 pagi. Seperti biasa Yang Lei yang baik hati telah memberi kami beberapa biji telur rebus dan buah buahan sebagi bekalan untuk sarapan. Kedai halal di bawah hotel hanya dibuka jam 8:30 pagi. Nasi putih pun belum sempat mereka masak. Kami perlu cepat. Jadi kami cuma membungkus lauk kegemaran iaitu daging cincang goreng dan akan di makan di restoran di kaki JDSM nanti. Tepat jam 9:00 pagi, driver yang dijanjikan telah sampai bersama Pajero, wow 4WD! Nama beliau saya tak ingat, dan dia tidak boleh berbahasa Inggeris. Kami berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan bantuan translation apps.

Perjalanan dari Old Town Lijiang ke JDSM memang menarik ditambah dengan pemandangan yang sangat cantik. Pastikan kita tidak tidur di sepanjang perjalanan! Jalan raya juga tidak sesak (mungkin sebab di musim sejuk). Lebih kurang 20 minit perjalanan, kami tiba di pintu masuk JDSM. Di sini kita akan diperiksa oleh pihak security (atau mungkin polis bantuan juga). Passport memang kami bawa ke mana -mana sahaja. Standby. Urusan agak mudah dengan bantuan driver yang berkomunikasi. Seterusnya kami terus ke tempat untuk membeli tiket cable car dan menyewa winter jacket. Bangunan menjual tiket dan winter jacket ini terletak lebih kurang 5 minit dari pintu masuk JDSM tadi.

jdsm1

You don’t want to miss this unbelievable view

jdsm6

jdsm7

The scenic view along the way to Jade Dragon Snow Mountain

jdsm2

Kenderaan sewa kami (driver tiada dalam gambar)

Glacier Park

Di JDSM, kita boleh memilih 3 tempat / viewing point menggunakan 3 cable car berlainan iaitu Glacier Park (ketinggian 4680 meter), Yak Meadow (3700 meter) dan Spruce Meadow (3240 meter). Hanya Glacier Park sahaja yang akan membawa kita ke puncak bersalji.

Pada awalnya saya agak ragu – ragu untuk naik hingga ke Glacier Park kerana risau terkena Altitude Mountain Sickness (AMS) dan faktor kesihatan / fitness. Sehinggalah pagi tadi, alhamdulillah saya rasa sihat dan bersemangat. Lantas keputusan telah dibuat iaitu kami akan naik hingga ke Glacier Park. Tiket cable car dibeli dengan harga CNY130 untuk dewasa dan CNY65 untuk kanak – kanak. Seterusnya kami ke kaunter sewa winter jacket. Ada juga drama di sini. Mereka cuba meletak harga sewa yang sangat mahal iaitu CNY800 untuk 4 helai jacket! Nak menipu lah tu. Relax sahaja, jangan kalut, saya sebenarnya sudah research harga sewa sepatutnya dalam CNY30 – CNY50 sehelai. Adalah juga bertekak dan saya menunjukkan buku nota saya, kononnya harga yang saya research tak semahal itu. Last2 datang encik driver tadi menyelamatkan keadaan, sembang2 berjaya kow tim dengan bayaran CNY200 utuk 4 helai jaket. Ok, boleh la tu. Bahaya diaorang ni.. Satu lagi yang penting ialah disarankan untuk membeli oxigen canister untuk membantu mengelakkan kita diserang AMS. Kami telah membelinya di hotel tadi, murah cuma CNY30 satu tin. Kami ambil 2 tin. Di puncak JDSM juga ada dijual tapi harganya mahal, dalam CNY100 satu tin.

Setelah selesai urusan tiket dan jaket, kami teruskan perjalanan dan singgah di sebuah restoran untuk breakfast. Beli nasi putih dan air sahaja. Lauk daging goreng cincang dan telur rebus tadi ada lagi. Kami makan dalam 20 minit dan terus bergerak untuk ke cable car.

Kami tiba di kawasan parkir kereta lebih kurang jam 10:40 pagi. Encik driver akan menunggu kami di sini hingga petang nanti. Kami perlu berjalan kaki untuk ke terminal bas, di mana bas ini akan membawa kami ke cable car station. Jalan kaki lebih kurang 10 minit juga untuk sampai ke teminal bas. Tidak terlalu ramai pengunjung pada waktu ini. Bagus, advantage bila travel time winter. Kami tiba di cable car station dan berjaya menaiki cable car lebih kurang jam 11:20 pagi. Cable car ini boleh memuatkan 6 orang. Bersama kami ialah 2 orang (couple) pelancong tempatan. Keadaan selesa. Pemandangan naik ke puncak memang cantik, bemula dengan pemandangan pokok2 hijau kaki gunung dan kemudian melalui glacier yang menyelaputi JDSM ini sepanjang tahun. Anak – anak sangat excited, saya pun sama. Perasaan ini lebih kurang sama seperti kami menaiki cable car ke puncak Mount Sereoksan, South Korea pada 2013, nampak juga sisa2 glacier.. cuma kali ini saya agak risau kerana JDSM lebih tinggi dan ada kemungkinan diserang AMS.

Alhamdulillah kami sampai ke Glacier Park dengan selamat. Cable car hanya naik sehingga ke 4506 meter, untuk naik ke puncak 4680, kami perlu menaiki tangga lebih kurang 180 meter lagi. Saya terus sahaja menikmati pemandangan yang sangat indah ini. Subhanallah.. Zaquan dan Zidane terus sahaja bermain ais. Ini merupakan pengalaman pertama mereka berjumpa glacier, walaupun mereka panggil salji pada awalnya.. haha. Seronok bermain hingga terjatuh2, tapi ok. Kami mengambil seberapa banyak gambar dan video yang boleh. View memang sangat cantik. Waktu musim sejuk, view adalah lebih jelas kerana kelompok awan yang kurang. Kami berada lebih kurang 30 minit di sini, dan saya ingin menaiki tangga hingga ke puncak 4860 meter pula. View pastinya lebih cantik. Akan tetapi pada waktu ini, Zaquan mengadu pening2 dan Zidane agak keletihan. Ini salah satu tanda diserang AMS! Tanpa membuang masa kami terus menuju ke cable car untuk turun. Hajat untuk ke puncak terpaksa dibatalkan. Tak mengapa keselamatan lebih penting. Oxigen canister telah digunakan beberapa kali. Isteri saya sahaja yang tenang tak perlu guna extra oksigen. Power.. Di dalam cable car untuk turun, Zaquan dn Zidane hanya berdiam diri. Masih pening dan penat (kurang oksigen). Bersama kami di dalam cable car ialah pasangan suami isteri dan anak kecil mereka, juga nampak pening2. Memang tidak sesuai bawa baby naik ke tempat setinggi ini.

Alhamdulillah kami tiba di platform bawah dengan selamatnya. Zaquan terus ke tandas dan muntah.. sah AMS.. setelah muntah, keadaan Zaquan semakin baik. Ok, ready untuk ke persinggahan seterusnya – Blue Moon Valley.

lj6

JDSM Bus Terminal

jdsm3

Cable Car

20180109_121505-01

Cable Car Station

jdsm4

High Above

lj7

jdsm5

At 4506 meter signage

jdsm8

IMG-20180114-WA0002

IMG-20180114-WA0001

Iced

IMG-20180114-WA0003

Before  the AMS Attack

Blue Moon Valley

Mudah sahaja untuk ke Blue Moon Valley. Semua bas yang turun menuju ke terminal  akan melalui Blue Moon Valley ini, bas akan berhenti sekejap di bus stop, sesiapa yang mahu singgah boleh turun. Bayaran di sini adalah termasuk dalam pembelian tiket cable car tadi. Macam pakej la. Kami akan berehat santai di sini. Lama sikit pun tidak mengapa. View di sini memang terbaik. Air tasik crystal clear, lembah yang menyaksikan landskap JDSM dalam keadaan paling cantik. Kalau nak stay 2-3 jam pun boleh. Kami berjalan2 di laluan pejalan kaki yang disediakan, sambil makan buah buahan. Keadaan di sini juga sangat bersih. Tandas juga dibersih dan dijaga dengan baik. Waktu lunch pun dilupakan dek melayan view yang sangat cantik. Lagipun di sini tiada cafe atau tempat menjual makan minuman. Secara peribadi, ini merupakan antara tempat yang paling cantik pernah saya lawati. Photographer tegar pasti sukakan tempat ini.  Jika ke JDSM, ini adalah persinggahan wajib. Selepas 2 jam santai dan bergambar di sini, kami pun menaiki bas untuk turun ke bus terminal.

Sampai di bus terminal, kami terus singgah di salah sebuah cafe untuk minum coffee dan hot chocolate untuk memanaskan badan. Ada juga dijual kek dan roti yang nampak sedap, tetapi tak pasti status halal, jadi kami tak makan, minum sahaja cukup. Terdapat banyak juga cafe lain dan kedai2 menjual souvenir seperti t-shirt, craft dan lain2. Kami cuma berjalan2 dan tengok2 sahaja.

Kami terus berjalan kaki ke parkir kereta dan encik driver sudah berada di Pajero nya sambil tersenyum. Di sini kami bertemu seekor yak sesat, berjalan2 di kawasan parkir kereta. Tak pasti dari mana datangnya. Pertama kali berjumpa yak dengan jarak dekat. Besar. Kami tak mahu ganggu.. Perjalanan diteruskan untuk persinggahan terakhir hari ini – Ganhaizi.

lj10

JDSM is the southernmost glacier in the Northern Hemisphere

jdsm9

The Best View

lj9

lj8

We can do this all day

DCIM100GOPROG0754120.

DCIM100GOPROG0804158.

Tenang Is Good

IMG-20180109-WA0010

IMG-20180109-WA0007-01

The Road To Remember

20180109_153045

Coffee and Hot Chocolate

20180109_155842

Yak yang sesat

Ganhaizi

Ganhaizi ialah kawasan padang luas yang terletak di kaki JDSM. Sebenarnya kami sudah melaluinya semasa datang tadi, tetapi kali ini kami ingin singgah sebentar. Di sini kita boleh menyaksikan pemandangan yang tidak kurang hebatnya. Kelihatan JDSM dari jauh di saluti lapisan pokok2 renek dan tanah kering kontang yang luas. Mungkin pemandangan pada musim bunga dan musim panas berlainan pula. Tidak perlu lama di sini. Cukup sekadar 10 ke 15 minit untuk bergambar. Selepas memulangkan jaket sewa tadi, kami teruskan perjalan pulang ke Old Town  Lijiang.

IMG-20180114-WA0000_1515865812730

Ganhaizi

20180109_160605-01DCIM101GOPROG0964323.

Kami tiba di hotel lebih kurang jam 5:30 petang. Kami mahu rehat dan baring2 dahulu sebelum keluar makan malam. Sampai sahaja di lobby hotel, kami berjumpa Yang Lei sedang minum teh bersama seorang tetamu. Setelah berkenalan rupa-rupanya beliau juga datang dari Malaysia tanah tumpah darahku. Jumpa juga orang Malaysia di sini. Tak sangka. Namanya Danial, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Danial dan isteri bercuti di China lebih kurang 2 minggu. Dari Hong Kong ke Kunming dan Lijiang. Mereka mengajak saya join sesi minum teh bersama. Saya setuju sahaja. Nelly dan anak2 masuk ke bilik dahulu. Lama juga kami bertiga berbual2 sambil minum teh. Saya berkongsi pengalaman ke JDSM hari ini. Danial dan isteri akan ke JDSM esok hari pula. Yang Lei juga bertanya mengenai Malaysia. Saya juga berkongsi sedikit pengalaman road trip kami di Sabah tahun lepas. Seronok!

Kami makan malam di kedai yang sama. Menu kali ini ialah daging hiris halus goreng halia, sup danging dan sayur apa nama ntah. Di sini kami belum jumpa seafood lagi. Jauh dari laut agaknya. Kami order sama seperti orang di meja sebelah. Haha, masalah bahasa.. Yang penting halal dan kenyang.

Cuaca super sejuk malam ini, jadi kami balik terus ke bilik untuk berehat. Kami perlu rehat yang cukup. Esok kami akan mengharungi satu lagi ekspedisi yang mencabar – trekking di Tiger Leaping Gorge, one of the deepest gorge in the world.

Saya masih terbayang keindahan Jade Dragon Snow Mountain dan Blue Moon Valley yang kami jelajahi hari ini, hinggalah mata terlelap. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang dan kesihatan yang baik hari ini. Selamat Malam dunia!

DCIM101GOPROG1024386.

Me, Danial, Yang Lei and the nice tea session

Advertisements

Lijiang, Yunnan Trip – Day 3 (Black Dragon Pool, Naxi Dongba Culture Museum, Lijiang Old Town)

20180108_143037_1520174661928

Isnin, hari kedua kami di Lijiang. Seperti dijanjikan, kami mendapat bilik baru pagi ini, katil dan ruang bilik lebih besar. Lagi menarik nun di sana Jade Dragon Snow Mountain dapat dilihat jelas melalui jendela. Ini ialah special request yang saya tulis semasa booking online. Terbaik lah pemilik hotel, Yang Lei.

DCIM100GOPROG0583903.

Bilik hari kedua

Agenda kami hari ini sangat santai. Kami tidak mahu tergesa-gesa, mahu rehat yang cukup dan masih tak biasa dengan cuaca super sejuk di sini.

Plan kami ialah untuk ke Naxi Dongba Culture Museum, Black Dragon Pool dan explore Lijiang Old Town (repeat dan cover tempat yang tidak sempat dijejaki semalam).

Sebelum keluar dari hotel, kami telah meminta Yang Lei mencarikan private driver dan kereta untuk membawa kami ke Jade Dragon Snow Mountain keesokan hari. Semuanya beres!

Kami bergerak keluar jam 11:30am. Tidak mahu kelaparan seperti semalam, kami makan tengah hari terlebih dahulu (brunch sebenarnya) di kedai yang sama semalam, kami panggil kedai makcik baik hati lah senang. Menu simple, nasi putih dan daging cincang goreng bersama sayur. Sedap!

Jam lebih kurang 12:30pm kami menaiki teksi ke Museum of Naxi Dongba Culture.

20180108_113506-01

Memanaskan badan sebelum adventure

DCIM100GOPROGOPR3612.

20180108_114211-01

Menu pagi. Daging cincang sayur dan nasi putih.

20180108_113228-01

Daging lembu digantung. Pilihlah yang mana anda suka. Halal dan bersih. Tiada lalat mungkin kerana suhu sejuk melampau si sini.

Museum of Naxi Dongba Culture

Muzium ini terletak berhadapan dengan Black Dragon Pool dan jarak dari hotel kami cuma 15 minit perjalanan. Dekat sahaja. Masuk ke muzium ini adalah percuma.

Jika kita ke sesuatu tempat baharu, perlulah kita melihat dan belajar sedikit mengenai budaya penduduk lokal. Jadi, datanglah melawat muzium walaupun sekejap. Ini yang saya ceritakan pada anak2.. hehe.

Muzium ini bersaiz sederhana tetapi lengkap dengan pelbagai maklumat dan item sejarah kaum Naxi. Contohnya pakaian, alat muzik, senjata, kaligrafi, alat memasak, pertanian dan model peta / muka bumi (gunung ganang) yang terdapat di Lijiang ini. Menarik! Kami meluangkan masa lebih kurang 30 minit di sini. Cukup dah tu..

20180108_124338-01

Dalam muzium. Sunyi sepi. Focus membaca dan cuba memahami sejarah, geografi dan culture masyarakat Naxi.

DCIM100GOPROG0293641.

Di tengah-tengah muzium. Senibina China klasik.

DCIM100GOPROG0313654.

Pintu utama muzium.

Black Dragon Pool

Untuk masuk ke sini, kita perlu menunjukkan resit pembayaran old town protection fee (80 yuan). Kalau ada, boleh lah masuk percuma. Kalau tiada, lupa bawa atau hilang, sila ke kaunter untuk membuat pembayaran. Kami memang belum bayar pun protection fee, jadi saya terus menyerah diri di kaunter membuat bayaran 80 yuan (per person). Kanak-kanak masuk percuma.

Black Dragon Pool ini merupakan salah satu tempat popular bagi pelancong yang datang ke Lijiang. Secara specifik, terdapat satu kawasan di mana kita boleh menyaksikan panorama indah tasik dengan air jernih, jambatan marble putih, temple dan berlatarbelakang Jade Dragon Snow Mountain. Spot ini memang menjadi tumpuan photographer dan boleh dikatakan highlight di sini. View memang A!

Aktiviti kami di sini ialah berjalan – jalan santai mengelilingi tasik sambil mengambil gambar dan video (wajib!). Anak – anak seronok memberi ikan koi (dan pelbagai jenis ikan lagi) makan. Selain itu kami juga sempat menyaksikan persembahan muzik tradisional kaum Naxi di sini. Majoriti mereka yang bermain muzik sudah lanjut usianya. Lengkap dengan pakaian tradisional Naxi. Harap – harap generasi muda mereka masih mewarisi budaya ini. Di sini juga terdapat kedai – kedai makan di tepi tasik, boleh singgah meghilangkan haus dan lapar, sambil menyaksikan pemandangan indah dan tenang jiwa. Kami duduk sahaja, tak order makan pun.

Kawasan tasik ini agak luas, penat juga nak menghabiskan perjalanan. Tidak ramai pelawat hari ini. Bagus. Tak perlu bersesak. Inilah advantage bila travel di musim sejuk.

Terdapat satu lagi ativiti lain yang kita boleh lakukan di sini iaitu trekking di Elephant Hill, tetapi malangnya ia di tutup untuk beberapa minggu untuk kerja2 maintenance.

Kami meluangkan masa lebih kurang 1 jam 30 minit di sini. Pendapat saya, tempat ini boleh diletakkan dalam senarai ‘must do’ jika anda datang ke Lijiang. Kawasannya bersih dan menyajikan view yang cantik, penggemar fotografi tegar pasti faham.

20180108_131252-01

IMG-20180305-WA0018-01IMG-20180305-WA0017-01

DCIM100GOPROG0403743.

IMG-20180305-WA0003-01

20180108_141022-EFFECTSDCIM100GOPROG0413757.DCIM100GOPROG0433789.DCIM100GOPROG0423779.20180108_142602-01

IMG-20180305-WA0002-01

20180108_143037_1520174661928

DCIM100GOPROG0503826.

Favourite spot 

Old Town Lijiang

Kami menaiki teksi menuju ke Old Town Lijiang. Agak mudah perjalanan hari ini, tunjuk sahaja gambar water wheel pada peta Lijiang old town, driver teksi terus angguk kepala tanda faham dan terus menghantar kami.

Kami tiba di entrance old town lijiang lebih kurang jam 2:45pm. Ini merupakan pintu masuk yang berbeza daripada laluan kami semalam. Sebelum memulakan ekplorasi, seperti biasa kami singgah di sebuah gerai menjual buah buahan. Buah strawberri, grapes dan orange menjadi pilihan. Murah dan fresh!

Kami mula berjalan menuju ke arah dataran yang penuh sesak dengan orang ramai. Memang majoriti adalah penduduk lokal dan pelancong dari negara China. Rasanya cuma kami sahaja pelancong asing (pada masa itu).

Suasana di dataran ini memang meriah, ramai yang menari tarian tradisi kaum Naxi diiringi lagu2 yang dimainkan dari radio dan speaker old school mereka. Tak sempat saya nak check adakah mereka masih menggunakan kaset atau CD (pastinya bukan mp3!). Dataran ini agak luas. Jadi terdapat 3-4 pecahan kumpulan yang menari di spot2 yang berbeza. Kami singgah di setiap kumpulan. Ambil gambar dan rekod video. Tapi itu belum cukup. Saya ingin mencuba juga tarian Naxi ini. Saya terus sahaja join menari mengikut irama muzik dan gerakan penari2 yang lain. Agak senang juga! Best! New experience!

Di dataran ini juga ada dijual cenderahati. Terdapat spot2 menarik untuk bergambar. Boleh melihat gelagat pelbagai karenah manusia. Yang pasti terdapat ramai juga polis yang standby di sini (tak pasti, mungkin juga polis bantuan). Ada juga kedai makan dan bar yang mendendangkan lagu2 chill, jazz dan country (dimainkan oleh live band). Happening di sini.

Selepas penat berpusing2 di kawasan sekitar, kami pun melangkah pulang ke hotel. Tetapi kali ini kami menggunakan jalan lain, iaitu jalan di luar old town. Jauh juga. Di sini nampaklah bentuk2 kedai dan bangunan yang sedikit moden. Kami singgah sebentar di sebuah shopping mall membeli sweater dan scarf dan singgah juga di kedai runcit untuk top up makanan rapu.

Kami tiba di hotel jam lebih kurang 5:00pm. Sekali lagi saya mengingatkan Yang Lei untuk arrange driver dan kereta untuk membawa kami ke Jade Dragon Snow mountain esok. Tak sabar rasanya nak tunggu esok. Hari yang mencabar esok, untuk ke puncak Jade Dragon Snow mountain. Dalam keadaan cuaca super sejuk ini, kami perlu memastikan mental dan fizikal di tahap terbaik, terutamanya kerana kami membawa anak2 bersama.

Malam ini suhu sekali lagi jatuh hingga -2°C. Niat untuk keluar berjalan2 waktu malam saya batalkan. Rehat sahaja di hotel sambil layan langit indah dipenuhi bintang kejora!

DCIM100GOPROG0553892.

Meniti titian kayu

20180108_145542-0120180108_145526-01

Salah satu jalan masuk ke Old Town Lijiang

DCIM100GOPROG0573900.

Lorong keluar dari dataran Old Town

IMG-20180305-WA0014-01

Meriah suasana di dataran Old Town Lijiang

IMG-20180305-WA0012-01

Souvenir yang dijual. Cantik dan kreatif.

photo_1520209170884

Selamba masuk ke tengah bulatan dan rekod video Naxi dance. Ok go!

photo_1520210251983photo_1520210099470IMG-20180305-WA0009-01

Boleh kelihatan ramai warga emas lengkap berpakaian Naxi di mana – mana.

 

Mesin cuba nasib.

 

Lijiang, Yunnan Trip – Day 2 (Lijiang Old Town)

Lijiang 1

Yue Tu House

Kami tiba di Yue Tu House lebih kurang jam 07:00am. Hotel ini akan menjadi tempat tinggal kami selama 5 hari 4 malam berikutnya. Hotel ini berada di kaki Lion Hill, betul2 di dalam kawasan Lijiang Old Town. Pemilik a.k.a pengurus hotel bernama Yang Lei menyambut kami dengan senyuman (dan mata seperti baru bangun tidur..) dan membantu membawa beg kami. Beliau masih muda (lingkungan lewat 20-an atau awal 30-an) dan paling penting dia sangat membantu dan fasih berbahasa Inggeris. Mudah untuk berkomunikasi nanti..

Waktu standard check in ialah jam 3:00pm, tapi Yang Lei membenarkan kami check in awal, kebetulan ada satu bilik yang kosong. Bilik yang kami booking asalnya ialah bilik untuk 2 adult + 2 kids, di tambah dengan mountain view. Tapi disebabkan nak check in awal, tak mengapa kami masuk bilik lain dahulu, esok tukar. Suhu ketika itu masih 0°C. Terlalu sejuk.. Selesai membuat bayaran, kami terus masuk bilik..

Semalaman saya tak tidur lena akibat perjalan 8 jam menaiki van sapu yang sangat tidak selesa, kali ini saya akan landing di katil dan cuba untuk tidur at least 2-3 jam.

Agenda hari ini ialah berehat, menyesuaikan diri dengan low temperature, high altitude dan tengah hari akan keluar ke Old Town Lijiang mencari makan dan berjalan – jalan mencari pasal.

yue tu inn1DCIM100GOPROG0073371.

Gambar di pintu hotel dan bilik sementara hari pertama

20180107_081853-01

View from hotel balcony, the scenic Jade Dragon Snow Mountain

Lijiang Old Town – UNESCO World Heritage Site

Setelah berehat, had a quick breakfast (Nestum & Maggi Asam Laksa) dan 2 jam tidur, lebih kurang jam 11:15am kami sudah bersiap2 untuk keluar menjelajah Lijiang Old Town. Yang Lei memberi kami peta (dalam tulisan Cina daa…) dan menunjukkan beberapa kedai Halal di sekitar hotel (ada 3, jarak sangat dekat lebih kurang 50 ke 100 meter sahaja). Ok, let’s go!

Basic information about Lijiang Old Town

  • Juga dikenali sebagai Dayan Ancient City dahulunya, kemudian ditukar kepada Lijiang Old Town.
  • Pelancong akan dikenakan bayaran 80 Yuan (RM50) per person (adult) sebagai ‘protection fee’. Untuk hari pertama, kami tidak menjumpai mana2 kaunter untuk membuat bayaran ini, jadi buat tak tahu sajalah.. Tetapi jika mengikut rules, kita perlu simpan resit pembayaran protection fee ini dan bawa bersama2 ketika berjalan2 di sekitar old town, in case terserempak dengan polis mereka mungkin akan meminta kita menunjukkan resit tersebut.
  • Majoriti penduduk di sini ialah kaum Naxi, golongan minority yang berasal dari Tibet.

Tempat / iconic places yang kami lawati dan explore di Lijiang Old Town untuk hari ini :

  • Lion Hill
  • Wangu Pavilion (juga terletak di Lion Hill)
  • Sifang Street
  • Water wheels
  • Coffee shop

Lion Hill

Ini tempat pertama yang kami terokai, memandangkan ia terletak paling hampir dari hotel kami (in fact our hotel located at the feet of Lion Hill). Pemandangan dan keadaan lorong2 di Old Town ini memang klasik, dengan jalannya diperbuat dari batu2 pelbagai saiz (bukan tarmac ye), rekabentuk bangunan dan kedai2 yang berkonsepkan senibina lama Dinasti Ming, lorong2 dibina mengikut aliran sungai dan yang paling penting, kebersihan old town ini dijaga dengan baik (haruslah begitu, kan kena bayar protection fee, kena la maintain!).

Lebih kurang 20 minit kami sampai di kawasan anjung tinjau di Lion Hill, agak perlahan perjalanan kami kerana asyik mengambil gambar dan video, dan tak lupa juga akan faktor kesejukan. Apa yang menarik di sini ialah kita boleh melihat keseluruhan bandar Lijiang (both new and old town part) berlatar belakang Jade Dragon Snow Mountain! View memang superb, boleh buat poskad.. oh ya, forgot to mention, Lion Hill merupakan kawasan paling tinggi di Old Town Lijiang ini..

DCIM100GOPROG0123416.

On the way to the top of Lion Hill, look at the bright blue sky..

old town2

Classic view of Old Town Lijiang alleys..

DCIM100GOPROG0133429.

Ready to get lost in this beautiful ancient city…

DCIM100GOPROG0143440.

My outfit just didn’t help, it was a wrong decision not to spend on a pure winter jacket..

old town5

Sometimes, the extreme cool temperature might easily change your mood.. lol

old town6

You will find a lot of paintings / arts on the wall. Spot the small pictures? That are the old Naxi scripts..

lion-hill3.jpg

Top of the Lion Hill. Take a minute off from your camera and just enjoy the view.

 

Wangu Pavilion

Wangu Pavilion terletak di puncak Lion Hill. Ini antara tempat yang saya sarankan untuk dilawati. Entrance fee 50 yuan (RM31) per ticket/adult. Kanak2 masuk pecuma. Untuk sampai ke Wangu Pavilion ini, kami perlu berjalan/mendaki lebih kurang 15 minit dari pintu masuk (termasuk masa untuk sightseeing). Tedapat beberapa spot cantik untuk bergambar seperti di menara tinjau dan laluan di kelilingi pokok2 (tak pasti nama pokok tapi ianya cantik dan redup). Sebelum tiba di Wangu Pavilion ini, kami singgah sebentar di mini zoo (tak banyak haiwan, saya cuma perasan ada burung merak). Anak2 pasti suka.

Kami tiba di Wangu Pavilion lebih kurang jam 12:45pm. Bangunan ini berketinggian 22 meter. Boleh masuk ke dalam dan naik tangga hingga ke tingkat paling atas. Tentunya aktiviti bergambar menjadi keutamaan di sini. Memang cantik!

Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di kawasan sekitar Wangu pavilion ini. Kawasannya memang luas dan terdapat beberapa route untuk keluar/masuk. Kami memilih jalan yang agak jauh untuk turun semula ke pintu masuk utama tadi. Tak mengapa, yang penting kita explore sambil menikmati pemandangan dari atas bukit yang indah.

wangu1

Signage ke Wangu Pavilion

wangu2

wangu3DCIM100GOPROG0183488.wangu5

Merak Kayangan

wangu6DCIM100GOPROG0193502.

Wangu Pavilion

wangu8

Jalan keluar dari Wangu Pavilion menuruni bukit.

Coffee and Tea

Jika ke Yunnan, anda perlu mencuba Yunnan Tea (at least sekali) yang terdapat di sini. Memang bnyak kedai2 teh boleh didapati di sekitar dan di sepanjang lorong di Old Town ini. Antara teh yg famous ialah Pu’er tea, Rose Tea, black tea dan macam2 lagi..

Masih awal dan kami agak kenyang untuk makan tengah hari. Suhu pun sangat sejuk walaupun jam menunjukkan 1:30pm. Jadi kami memilih untuk mencari coffee, kononnya boleh memanaskan badan. Kami terjumpa sebuah cafe cantik, sedikit hipster.. macam biasa tak reti nak sebut nama kedai sebab ditulis dalam bahasa/tulisan mandarin (cafe ini terletak di Downstream Hangshan Road).. kami memilih meja ditingkat atas (dicadangkan oleh waitress).. rupa2nya view di tingkat atas sangat superb, kami boleh melihat pemandangan old town dan bukit2 dari tepi jendela. Apa kami order? Hot Green Tea dan hot chocolate.. ceh! tadi plan nak minum coffee.. tak jadi.. harga tea dan chocolate ialah per cup 38 yuan (rm24).. lagi mahal dari starbucks, McD dan kedai mamak! Takpa, kita cuba.. ambience dan view sangat berbaloi.. kami lepak di sini lebih kurang 45 – 60 minit, sambil2 cuba access internet dan laman sosial menggunakan vpn.. Nelly masih menghadapi masalah nak access.. saya nak google pun susah, 4G memang jarang2 dapat.. kami nak cari restoran halal yg famous iaitu Haji Beef Restaurant untuk dinner nanti..

IMG-20180205-WA0011-01

DCIM100GOPROG0243564.

Green Tea and Hot Chocolate

20180107_132437-01.jpeg Suatu sudut yang lain

Sifang Square and Water Wheels

Misi kami seterusnya ialah berjalan2 santai di lorong2 old town ini sambil target utama untuk mencari Restoran Halal ‘Haji Beef Restaurant’. Kami menggunakan google map tetapi tak sampai 10 minit, gps tak dapat track location.. so kami kena cari restoran ni dengan cara manual -map dan bertanya orang ramai. Tugas ini amat sukar kerana restoran ni tiada dalam map dan masalah bahasa..

Sambil berjalan kami melalui Sifang Square, iaitu kawasan paling tengah di Old Town ini. Sifang Square ini merupakan tempat paling happening dan ramai pelancong di sini. Ramai yang menari tradisional kaum Naxi sambil diiringi muzik asli mereka. Sifang square adalah tempat wajib di singgahi di sini. Kami tidak berhenti lama, jalan2 explore tempat lain dahulu.

Jalan terus dan kami sampai di Water Wheels, salah satu icon paling popular di old town Lijiang ini. 2 roda besar diperbuat daripada kayu, berputar di dalam anak sungai. Wajib bergambar!

20180107_141612-01

Jalan menuju ke Sifang Square

20180107_141633-0120180107_141644-01Lorong2 dibina di sepanjang anak sungai. Airnya bersih.

20180107_143642-01 Kombinasi lorong batu, kedai2 antik, pokok berdaun sayu, awan biru dan berlatar belakang Jade Dragon Snow Mountain.. memang padu!!

20180107_143820-0120180107_144250-01 Water wheels

Sesat 

Matlamat kami seterusnya ialah mencari Haji Beef Restaurant untuk makan tengah hari merangkap makan malam. Banyak kali kami tersilap lorong dan sesat. Sudah 3 tourist centre kami singgah dan bertanya, semua hanya boleh berbahasa Mandarin dan tidak banyak membantu. Kami menggunakan translator apps, tetapi setiap staff di tourist centre memberi arah dan panduan yang berbeza2. Pening.. haha. Bila sesat, kita pun penat, ditambah dengan cuaca sejuk membekukan otak untuk berfikir lebih kreatif, cara terbaik ialah berehat sebentar lebih kurang 15 minit di tepi jalan sambil berfikir dan membuat keputusan. Kesian pula anak2 terutama Zidane, penat dan lapar..

Akhirnya kami membuat keputusan untuk melupakan Haji Beef Restaurant dan pulang ke hotel. Berhampiran hotel pun ada juga kedai makan halal cuma kurang popular agaknya. Jauh juga untuk balik ke hotel. Jika sesat di Old Town ini, kita perlu cari Sifang Square, dan dari sini kita akan dihubungkan dengan setiap lorong utama yang lain.

Kami sempat  singgah membeli buah anggur, berries, strawberries dan biskut. Cover sikit perut yang lapar. Zidane makan dengan penuh semangat. Alhamdulillah.. Buah – buahan di sini sangat fresh dan harga pun murah.

20180107_153212-01

We have the maps, translator apps and guide from Tourist Centre but we’re still lost!

Akhirnya kami tiba di hotel lebih kurang jam 4:30pm. Kami disambut dengan senyuman dari Yang Lei. Dia bertanyakan sudahkah kami makan. Kami jawab belum. Mungkin wajah kelaparan kami sangat jelas, lantas Yang Lei menjemput kami minum teh terlebih dahulu. Percuma! Kami duduk satu meja di lobby hotel sambil Yang Lei menyediakan teh. Nampak hebat cara penyediaannya. Kami berbual mengenai teh terbaik di Yunnan. Nelly Nampak berminat. Mesti dia nak beli nanti.

Kami disajikan dengan ‘Rose Tea dan Black Tea’ oleh Yang Lei. Rasanya sedap, tanpa gula. Minum dengan Chinese cup dan tea pot, klasik habiss.. ala2 dalam movie kung fu.. kalau macam ni kami tak perlu mencari kedai teh di Old Town, minum di hotel ini pun dah ok.

DCIM100GOPROG0253592.

The best tea in town

Kami tidak naik ke bilik kerana kami ada 2 lagi perkara penting untuk dibuat hari ini. 1} Makan 2) Pergi ke Lijiang railway station untuk redeem tiket keretapi balik ke Kunming nanti.

Kedai makan halal terletak lebih kurang 100 meter sahaja dari hotel. Nama kedai ini saya tidak tahu.Haha tiada tulisan rumi.  Di sini, kedai halal kebanyakannya mempunyai signboard berwarna hijau dan ada tertera perkatan Halal (dalam tulisan Mandarin). Pastikan anda hafal bentuk tulisannya. Ataupun boleh rujuk translator apps.

Kedai ini diusahakan oleh 2 wanita dan seorang pakcik yang sudah berumur. Seorang tu mungkin pangkat nenek! Kami order macam2, nasi goreng la, mee goreng la, tetapi makcik ni tak faham. Menu pun tiada gambar. Susah juga ni.. Last2 makcik ni mengajak saya ke dapur dan menunjukkan nasi putih, periuk besar penuh sup dan daging lembu. Ooh baru kami faham, kedai ni tiada goreng2, cuma ada sup, sayur dan nasi putih. Deal!! kami makan nasi putih, sayur dan sup daging.. Harganya agak murah juga, 4 orang makan dengan harga 60 yuan (RM38). Untuk minum, kedai ini meyediakan Chinese tea secara percuma. Milo ais atau jus tembikai tiada, ni bukan Malaysia! Rasa makanan? Sedapp sangat, mungkin sebab lapar.. tapi rasanya memang dia masak sedap! Alhamdulillah..

kedai makan1

Kedai makan halal, berhampiran hotel

kedai makan3Dinner

kedai makan2

Kesejukan dan kelaparan

Selesai makan kami terus menaiki teksi ke Lijiang Railway Station. Jarak lebih kurang 30 minit perjalanan. Bayaran 35 yuan (RM22). Teksi di Lijang menggunakan meter bayaran. Teksi yang kami naiki berhenti sebentar untuk mengisi petrol. Baru kami perasan di sini, jika kita mengisi petrol, kereta perlu di kosongkan dan enjin off, so kami semua diminta keluar dari teksi. Kalau di Malaysia ada yang isi petrol sambil ber’whatapps’ dan main Clash of Clan!

Urusan untuk redeem tiket keretapi berjalan lancer. Tiada masalah First / last name berbeza dengan passport. So nampak sangat staff di Kunming semalam yang problem dan menyusahkan (sila refer entry saya sebelum ini – Day 1). Selesai mengambil tiket, kami terus pulang ke hotel menaiki teksi yang lain. Teksi di sini banyak, beratur menunggu pelanggan. Kebanyakan teksi di sini menggunakan kereta jenama Volkswagen.

Malam ini di hotel sangat sejuk, suhu mencecah -2C°. Kami tidur awal. Rehat yang cukup diperlukan kerana hari ini kami amat letih. Alhamdulillah banyak pengalaman dan pengajaran dilalui hari ini. Bersedia untuk pengembaraan seterusnya esok!

 

 

 

 

 

Lijiang, Yunnan Trip – Day 1 (Kunming to Lijiang)

20180107_114100-01

Kuala Lumpur – Kunming – Lijiang

Flight kami dari KLIA 2 ke Kunming dijadualkan pada pukul 01:05pm. Menggunakan Air Asia ‘now everybody can fly’.. Kami sampai di KLIA2 menggunakan uber lebih kurang jam 10:30am, awal dan bersemangat!

Plan / schedule kami pada hari pertama ini:

01:05pm  – Depart from KLIA2 to Kunming

04:55pm  – Arrive at Kunming airport (45 – 60 minutes immigration / luggage clearance)

07:00pm – Arrive at Kunming Railway Station by taxi

09:28pm  – Soft Sleepers Train depart to Lijiang (8 hours)

Flight Delay

Nampak segalanya cantik on paper. Tetapi segala yang dirancang tak menjadi. Masalah bermula apabila flight kami telah delay selama lebih 2.5 jam. Hasil risikan saya terhadap krew di departure gate, kelewatan ini disebabkan masalah Air Asia yang tidak cukup staff. Tiada senior pilot dan juga co-pilot. Ini merupakan 2 roles yang penting untuk sesuatu penerbangan. Apa mereka buat? Air Asia telah memanggil pilot2 mereka yang sedang off day untuk datang bekerja, saya difahamkan mereka datang dari Shah Alam weh! patut lah lama nak tunggu. Kami perlu cepat untuk mengelakkan ketinggalan train ke Lijiang pada jam 09:28pm nanti!

Lebih kurang jam 03:00pm baru kami dapat naik flight. Tapi ada lagi masalah lain. Flight baru nak isi minyak wehh, tunggu lah lagi 30 minit. Memang kena marah lah cabin crew dengan kami hari ini. Akhirnya jam 03:30pm baru lah boleh berlepas. Secara matematik, kami bakal huru-hara dan rushing yang amat sangat untuk mengejar train jam 09:28pm nanti. Hingga kini saya masih tak percaya Air Asia boleh menghadapi masalah insufficient manpower dan isu pengisian minyak sebegini (ini bukan syarikat kecil2, kilang kicap ke..). Kami ambil insurans (Tune Protect Travel), so untuk flight delay lebih dari 2 jam, kita boleh claim ganti rugi RM200 per ticket.

delaydelay2flight nasiCuba kekal positif..

Kami tiba di Kunming Airport lebih kurang jam 07:30pm dan clear immigration / luggage semua dalam jam 08:10pm. Lewatt!!! Suhu waktu itu di bawah 10°C..sejuk dan rushing! Kebetulan ada seorang wanita (ulat taxi kot) datang kepada kami memberi offer taxi yang akan gunakan highway terus ke Kunming railway station. Dia melihat train booking sheet kami jam 09:28pm, menjerit dia suruh kami berlari ke taxi. Macam dalam movie kami berempat berlari2, punya lah jauh tempat parking taxi.. huh.. bayaran agak mahal iaitu 200 yuan.. belasah sahaja, kami tiada pilihan. Perjalan ke railway station lebih kurang 45 minit. Aumm!!

DCIM100GOPROG0053359.

Teksi memecut laju ke Kunming Railway Station

Masalah Train Ticket di Kunming Railway Station

Kami sampai di Kunming Railway station jam 09:00pm, ada lagi 28 minit untuk berurusan di kaunter untuk print tiket. Ya, untuk booking online, kita perlu ke kaunter untuk print the actual train ticket.

Ingat kan selesai masalah. Tidak begitu rupanya.. Menurut pekerja kaunter tiket, tiket kami tidak boleh di print di sebabkan nama booking berbeza dengan passport. Disebabkan First and last name. Memang lah berbeza, dalam passport First name di depan, tetapi untuk booking flight ke, visa ke, hotel, etc First name di belakang. Dia ni yang tak pandai.. still tak faham kenapa kami dipersalahkan. Nombor passport, gambar semua betul.. Ntah lah.. dah lah menaip dengan kelajuan siput.. marah betul.. memang bergaduh juga lah di kaunter tu sekali dengan supervisor dia. Kami cakap English + BM, mereka cakap Mandarin. Ringkas cerita, kami terlepas train jam 09:28pm tersebut. Kami cuba berbicang untuk tukar ke next train jam 10:30pm, tetapi semua tiket sold out, kalau nak juga kami kena berdiri. Takkan nak berdiri 8 jam?? Ada 2 budak ni, Zaquan dan Zidane.. Kami pun tidak booking hotel di Kunming malam itu. Masalah besar ni..

Matt and Amber

Dalam keadaan tersepit itu, tiba2 kami di sapa oleh seorang lelaki muda berbangsa Cina yang boleh berbahasa Inggeris, namanya Mathier (ntah betul ke ejaan macam ni) dari Hong Kong. Dia bersama girlfriend, Amber rupa2nya menghadapi masalah yang sama seperti kami. Kes nama tak sama, berbeza dalam booking sheet dan ID kad (macam IC kita lah). Matt banyak membantu kami menjadi jurubahasa dan negotiation part. Akhirnya tiket kami tidak burnt begitu sahaja, 80% daripad harga tiket dikembalikan. Masalah kecil selesai. Tapi masalah utama sekarang bagaimana malam ini? Mahu terus ke Lijiang atau bermalam dahulu di Kunming?

Plan B

Sekarang kami bergerak satu kumpulan, bersama Matt dan Amber. Muda lagi mereka ni, umur lingkungan awal 20-an, student di sebuah kolej di Hong Kong. Kami berbincang dan bersetuju untuk bergerak ke Lijiang pada malam itu juga. Option yang ada ialah menaiki bas, teksi atau kereta sewa. Akhirnya kami bersetuju untuk mencuba mencari bas. Berjalan kaki lah kami mencari bus station. Lokasi pun tak pasti. Selepas 5 minit berjalan, kami terserempak dengan seorang wanita (kategori makcik ni). Dia offer kami untuk menaiki van sewa. Kos untuk kami berempat ialah 720 yuan. Boleh lah, kami tiada pilihan. Kami dibawa berjalan untuk ke tempat van tersebut. Jauh juga jaraknya. Dalam 15 – 20 berjalan kaki. Saya kasihankan isteri dan anak2.. sure penat dan tension akan segala kesulitan ini.. dalam kesejukan malam..

Akhirnya kami sampai di tempat van menunggu. Terdapat beberapa penumpang lain yang sedang menunggu. Rupa2nya mereka sedang menunggu kami untuk memenuhkan van tersebut. Keadaan tempat tersebut agak menakutkan, ala2 tempat kongsi gelap, serius risau.. lampu pun malap berwarna merah.. lagi teruk dari chow kit ni.. saya terus berbisik pada Matt “Bro, are sure we are in the right place?” saya risau ini kongsi gelap, mana tahu nanti kami dijual, atau anggota badan di potong2.. (pengaruh drama..) Matt tidak menjawap, dia berfikir lebih kurang 20 saat. Kemudian dia mengeluarkan kenyataan yang luar biasa “don’t worry bro, the driver is alone, here we have you, myself and other male passengers, anything happen we can fight!” Fuhhh, di ni lagi kuat terpengaruh dengan drama Jacky Chan.. Aduhh.. Tiba-tiba driver van tersebut datang kepada kami dan menerangkan memang van itu akan ke Lijiang sambil menunjuk2 nombor plat van.. Matt mengangguk2 tanda faham dan tersengih.. haha macam mana driver ni tahu kami risau dan syak yang bukan2.. haha.. Ok, jadi dah setuju, kami akan menaiki van untuk ke Lijiang malam ini. Ada lagi satu cabaran yang kurang menyenangkan. Jumlah semua penumpang 10 orang, tetapi jumlah seat cuma ada 9! seorang tidak akan dapat seat. Memandangkan saya yang naik van last, terpaksalah saya berkongsi seat dengan Zaquan.. duduk separuh punggung.. Aduhai 8 jam macam ni??? Takkan nak cancel, jadi kami teruskan jugak. Memang rasa tertipu, bayar 720 yuan tetapi dapat van cap ayam seat tak cukup. Tawakkal sahaja.. nak sangat adventure konon… Van kami bergerak lebih kurang jam 10:45pm. Kami dijangka tiba di Lijiang jam 6:30am keesokan harinya.

Perjalanan 4 jam pertama memang terseksa. Sakit belakang, pinggang semua ada. Nasib baik lah anak2 boleh tidur, mungkin kepenatan. Isteri (Nelly) tak dapat tidur lena sama seperti saya. Nampak sangat dia sedih dan tidak selesa atas apa yang berlaku malam ini. Suhu diluar pada ketika itu 0°C. Sejuk bukan biasa2.. Untuk ke Lijiang kami akan melalui Dali, sebuah bandar kecil di dalam wilayah Yunnan ini. Van kami berhenti untuk kali kedua. Yang pertama tadi untuk mengisi petrol. Kali ini berhenti di Dali untuk menurunkan 3 penumpang. Alhamdulillah dapat lah saya tempat kosong.. sedikit selesa. kaki boleh diluruskan.. So kami akan meneruskan perjalan ke Lijiang yg dijangkakan mengambil masa lagi 3 jam. Pemandangan dan suasana malam dari Dali ke Lijiang memang menarik. Saya sibuk memandang ke luar tingkap. Dapat dilihat jelas kawasan pergunungan disepanjang jalan. Langit pula sangat clear sehingga saya boleh melihat star gazing dengan jelas. Memang cantik. Langit disini masih belum dicemari oleh pencemaran cahaya. Semasa trip saya ke Kudat pada 2016, saya kecewa kerana tidak dapat melihat star gazing akibat awan tebal dan hujan. Tetapi akhirnya saya dapat menikmatinya di Dali! Di dalam van bersama suhu super sejuk 0°C…

stop1vanstop3

Pit Stop 1, 2 and 3 : wash room break, rest and sleep!

Dalidali2

Menyusuri bandar kecil Dali

Matt telah membantu kami untuk berkomunikasi dengan driver van. Dia akan menghantar kami terus ke hotel di Lijiang dan akan menghubungi pengurus/pemilik hotel tersebut. Selepas berhenti rehat yang ketiga (driver van tu tidur lebih sejam), tepat jam 07:00am kami sampai di Lijiang Old Town. Van kami berhenti betul2 di hadapan jalan memasuki hotel. Selang beberapa minit, datang seseorang dari hotel menjemput kami. Beliau ialah owner hotel, namnya Yang Lei. Syukur Alhamdulillah selesai sudah perjalanan penuh pancaroba malam ini.

Saya bertanyakan kepada Matt dan Amber mereka tinggal di hotel mana, rupa2nya mereka belum menempah mana2 hotel dan langsung belum ada plan di Lijiang. Ni kira macam traveler gamble lah juga. Bagus untuk young couple macam mereka, mencari pengalaman. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana banyak membantu.. malangnya kami tak sempat selfie.. yelah sebab mood pun dah lari dek pelbagai dugaan malam ini..

Pengajaran : Agak berisiko untuk mengambil atau booking connection train on the same day (in our case, gap sepatunya 4.5 jam daripada masa touch down di airport dan masa train berlepas). Bila flight delay, risiko tinggi untuk kita miss train. Andaikata flight kami sampai on time, walaupun ada masalah dengan tiket train, kami masih ada cukup masa untuk plan ataupun reschedule the next train/bas / etc.. Another option ialah mungkin boleh bermalam dahulu di Kunming, dan mengambil train keesokan hari. Tak mengapa, ini pengalaman.. ready for Day 2!

Ok Lijiang, here we are.. Let’s do this!!

 

 

Lijiang, Yunnan Trip

Pemandangan indah gunung diselaputi salji, menghirup udara segar, melakukan aktiviti trekking / mini hiking, menyusuri lorong -lorong kecil di kota lama dan melihat sendiri budaya kehidupan kaum minoriti di sesuatu tempat.. ini merupakan faktor-faktor penting mengapa saya memilih untuk ke Lijiang, Yunnan China bersama isteri dan anak2 baru – baru ini, iaitu dari 6 hingga 12 Januari 2018 (7 hari). Ini merupakan trip saya yang paling mencabar setakat ini, pelbagai dugaan ditempuhi, unexpected events, tetapi semuanya memberi pengalaman berharga dan kepuasan dalam kembara. Trip ini juga telah membuka luas mata saya, menyaksikan keindahan alam ciptaanNya..

20180109_141246-EFFECTS

Seperti biasa saya akan berkongsi mengenai persediaan, itinerary, tips dan costing di mana ia mungkin boleh dijadikan sumber rujukan..

Persediaan

  1. Flight Ticket
    • saya telah membuat sedikit study untuk ke Lijiang sejak bulan Mac 2017 tetapi hanya dapat membeli flight tiket pada bulan Jun 2017, ketika Air Asia promo. Tiket pergi balik KL – Kunming dengan harga RM3,560 untuk 4 orang termasuk meal dan insurans.
    • Air Asia tiada direct flight ke Lijiang (airlines yang lain ada tetapi harga di luar bajet saya). So ambil flight KL ke Kunming, dan dari Kunming ke Lijiang kami memilih untuk menaiki train (lebih kurang 8 jam perjalanan). Ada beberapa option lain untuk ke Lijiang dari Kunming seperti domestic flight (luar bajet lagi), menaiki bas, teksi atau kereta sewa. Boleh pilih mengikut bajet, preference, travel style dan selera masing2.
  2. Train Ticket
    • Tiket train saya booking online melalui website ctrip. Link : English.ctrip.com.
    • Dari Kunming ke Lijiang saya menempah train jenis ‘soft sleeper’. Harga RM573 untuk 4 orang, termasuk booking fee. Soft sleeper ni ialah kelas di mana satu kabin terdapat 4 katil, sesuai untuk kami berempat. Privasi lah konon. Tapi toilet share dengan penumpang lain juga.
    • Dari Lijiang ke Kunming, saya mengambil ‘Hard sleeper’ iaitu 6 katil untuk satu kabin. Bersedia untuk berkongsi kabin dengan 2 orang asing nanti.. (kononnya adventure). Harga RM408 for 4 pax. Murah sedikit.
    • So total untuk train ticket ialah RM981 for 4 pax, termasuk booking fee.
    • Selepas pengalaman menaiki train 8 jam ni, saya sarankan ambil ‘Soft sleeper’ sahaja, lebih privasi. 6 katil untuk satu kabin tak selesa dan katil tingkat 3 tu tinggi, susah nak panjat.. nanti lah akan diceritakan kemudian. huh..
    • train ticket
    • Train ticket dari Lijiang ke Kunming, ‘Hard Sleeper’
    • Screenshot_train ticket
  3. Hotel
    • Di Lijiang kami menginap di Yue Tu Inn, selama 4 malam. Harga total RM884 (RM221 per night). Booking online, menerusi booking.com. Lokasi terbaik, iaitu di kaki Lion Hill, Old Town Lijiang. Review di booking.com menunjukkan rating 9/10. Ok go!
    • Di Kunming kami menginap di JI Hotel Kunming (Green Lake Branch) untuk 1 malam (malam terakhir di sana). Harga RM176 per night.
  4. Visa
    • Untuk ke nagara China (kecuali Hong Kong dan Macau), rakyat Malaysia perlu memohon Visa. Saya buat visa pada bulan Disember 2017. Tidak terlalu lewat rasanya. Harga visa RM417 untuk 4 orang.
    • Tempat untuk memohon visa : Tingkat 5, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur. Visa siap dalam masa 4 hari.
    • Di hadapan Hampshire Place Office ni ada satu kedai mamak, ada jual kebab sedap, namanya ‘Cappadocia Turkish Kebab’. Boleh cuba!
    • visa form
    • Visa Application Form. Download, print, fill up and submit together with supporting documents. Jimat masa!
    • Hampshire Place Office dan ‘Cappadocia Turkish Kebab’

       

  5. Translator apps
    • Saya menggunakan apps ‘Microsoft Translator’, make sure download offline translation for Chinese simplified.
    • Reminder : di China or di Lijiang secara specific, majority penduduk tidak boleh bercakap English. So translator apps, dan kebolehan berbahasa isyarat sangatlah vital!
  6. Weather forecast and Winter Jacket
    • January ialah musim sejuk di Lijiang, Yunnan. Suhu forecast ialah 10°C ke 15°C waktu siang dan akan jatuh ke 0°C pada waktu malam. (ini forecast, tetapi reality sewaktu sampai di sana ialah ia di bawah 10°C waktu tengah hari dan -2°C pada waktu malam). Serius sejuk.
    • so, belilah winter jacket yang berkualiti untuk mengelakkan kesejukan melampau. Jangan jadi seperti saya.. (akan diceritakan kemudian… huh)
    • Kelembapan agak rendah dimana kulit dan bibir kita kita akan cepat kering. Jadi, sediakan moisturizer seadanya.
  7. Limited social media access in China
    • WhatsApp, Facebook, Instagram telah disekat penggunaannya oleh kerajaan China. Bayangkan 7 hari tanpa access to social media.. haha, ok sahaja sepatutnya..
    • Bagaimana untuk access juga? Boleh. Seorang sahabat saya yg sering berulang alik ke China telah mengajar saya untuk install ‘Opera Free VPN – Unlimited VPN’. Masalah selesai.
  8. Buat sedikit study mengenai latar belakang Lijiang, Yunnan dan China. Beli buku atau google. At least kita tahu basic china/Yunnan province map, currency exchange, public transport rate, local culture dan paling penting tempat makan Halal!
  9. Ready for High Altitude
    • Lijiang terletak lebih kurang 2400 meter dari aras laut. Kaegori tanah tinggi juga. Bergantung kepada aktiviti yang akan dilakukan di sini, persediaan seperti pengambilan pil dan oksigen canister untuk mengelakkan AMS (Altitude Mountain Sickness) juga perlu dititikberatkan.
    • Untuk pengambilan pil, dinasihatkan berjumpa doctor atau farmasi terlebih dahulu.

Ok, setakat itu sahaja basic preparation yang diperlukan. Next saya akan kongsikan itinerary dan moment kembara kami.

“The winter is coming” Jon Snow (taken from the Game of Throne).

 

 

Sabah Road Trip (KK – Tambunan – Kundasang – Kota Belud – Kudat – KK)

Sabah, ‘negeri di bawah bayu’. Bila sebut Sabah, pasti terbayang kemegahan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara, air laut crystal clear di Semporna & Mabul, syurga para diver yg datang dari seluruh dunia, keunikan flora & fauna, serta keenakan seafood dengan harga berpatutan.

Saya pernah ke Kota Kinabalu sebelum ini tetapi atas urusan kerja, 3 hari sahaja. Sempat juga berjalan2 di sekitar bandar KK namun kerana masa yg terhad membuatkan saya berazam untuk kembali semula meneroka bumi Sabah bersama keluarga suatu hari nanti.

Road trip ke Sabah ini dilakukan pada Disember 2016. Sebenarnya untuk explore Sabah ni sememangnya penggunaan jalan raya menjadi option utama. Perkhidmatan tren tiada ya!

Persiapan? Tiket flight Air Asia return KL- KK dibooking dgn harga RM1,800++ untuk 4 pax. Mungkin bukan harga terendah yg kami perolehi. Takpalah, redah saja.

Berapa hari untuk trip ini? 5 hari 4 malam (5D4N).

Anything to book in advance? Selain flight tiket, kena lah book hotel/accomodation dan kereta sewa. Trip ini memerlukan kami bermalam di tempat2 berbeza, Kundasang, Kudat dan KK. Booking via Agoda dan Booking.com. Untuk kereta, kami menggunakan kereta jenama nasional, Proton Saga Auto, harga rm430 untuk 5 hari. Tak perlukan booking fee. Urusan melalui whatsapp sahaja.

Tips: sila bawa passport untuk memudahkan urusan di airport KK walaupun anda warganegara Malaysia! Kalau tak bawa passport, anda perlu isi borang semasa arrival di airport dan perlu menunjukkannya semula sebelum boarding balik ke semenanjung. Pastikan borang tersebut tidak hilang weh! Kami berempat semua tak bawa passport.. hmm, nasib baik borang tak hilang. Maaf, saya lupa nama borang tersebut.

Day 1

KLIA – KK – Tambunan – Ranau – Kundasang

Screenshot_2017-09-17-19-37-34-1

Gambar: Sunrise dari jendela..

Kami cuma ada 5 hari, jadi sengaja flight departure dari KLIA diambil jam 06:45am dan touch down KK airport 09:15am (2.5 hrs). Target day 1 untuk sampai ke kundasang dalam tengah sebelum pukul 2pm.

Urusan mengambil kereta sewa selesai dengan mudah dan pantas, semua urusan dilakukan di KK airport. Perkara penting yg perlu dilakukan ialah check condition kereta, isi petrol full tank, beli makanan ringan untuk makan dlm kereta, handphone charger, waze on dan semestinya Nescafe Mocha satu tin.

Perjalan ke kundasang melalui penampang, tambunan, ranau lebih kurang 130km, tapi memerlukan lebih kurang 2 jam 45 min perjalanan. Jalan biasa ye, bukan highway (sini mana ada highway macam Plus tu).. Kami tak target nak berhenti mana2 pun, just nak layan road view, tengok kampung2 sepanjang perjalanan, mana tau jumpa gerai2 makan yg rare.. saya drive, wife (nelly) di sebelah, anak 2 orang (zaquan dan zidane) di belakang. We cruised…

Keadaan jalan dari KK ke tambunan? Jalan kecil satu lane (2 lane la untuk 2 arah). Beberapa kali juga la beratur sebab ada lori kat depan. Nak potong takut. Kat sini ramai guna 4WD, senang nak bawak kereta sambil langgar2, jalan atas batu, etc. Ada juga part jalan yg ada 2 lane, baru boleh memotong.

Keadaan jalan bengkang bengkok di penampang ke tambunan menyebabkan zaquan pening dan muntah.. nasib baik ada plastic, sempat diselamatkan.. tips: sila bawa plastic lebih dan botol in case kalau anak2 termuntah dan tak tak jumpa toilet berhampiran.

Tambunan hanyalah pekan kecil, kami tak berhenti, cukup sekadar memerhati kedai2 lama, ada sekolah, padang ragut lembu dan kerbau, bendera2 parti politik, keadaan pekan pun tak sibuk, tenang sahaja. Kami melalui Rafflesia Centre di sini, ia tiada dalam list utk dilawati, keadaan dari luar pun nampak usang, no comment sebab kami tak masuk dalam. So drive terus ke Ranau.

Keadaan jalan agak luas di sini dan banyak juga kerja2 construction untuk melebarkan jalan. Ada juga jalan yg belum bertar, jalan lah di atas batu kerikil dan pasir.. kami pandu kereta nasional proton saga, mereka yg pandu Hilux dan Ford Ranger bermaharajalela, boleh drive macam biasa. Tips: kalau nak gunakan laluan penampang, tambunan ke ranau ni, guna 4WD adalah terbaik.. pasti selesa kot.

Tiba di pekan Ranau lebih kurang jam 12:50pm. Still on time. Ramai orang di pekan ini. Agak padat. Ramai yg keluar membeli belah agaknya. Yalah, hari sabtu. Dari sini sudah boleh nampak sayup gunung Kinabalu. Waktu tengah hari puncak gunung selalunya akan ditutupi dengan awan. Jam 1:00pm, cuaca tak berapa panas, langit agak mendung petanda akan hujan nanti.

20161210_124323_1505644182380

Gambar: Panorama Gunung Kinabalu dilitupi awan. Diambil semasa perjalanan dari Tambunan ke Ranau.

20161210_134217-01

Gambar: Ranau dari sudut berbeza

Mengikut plan, kami akan ke Poring Hotsprings, bukan untuk mandi air panas tetapi untuk mencuba aktiviti canopy walk yg dikatakan jambatan gantungnya melebihi 50 kaki! Adrenaline rush!! Tetapi kami menghadapi sedikit masalah apabila waze dan google map tiba2 tidak berfungsi atau mungkin disebabkan signal tak berapa cantik. Banyak kali juga membuang masa sesat dan perlu berpatah balik untuk ke Poring. Dan seperti yg dijangka, hujan mula turun dengan lebat. Kombinasi badan letih selepas drive dari pagi, sesat jalan dan hujan yg lebat membuatkan kami memutuskan untuk terus menuju ke hotel Dream World Resort, Kundasang. Cancel canopy walk, mungkin next time boleh buat di FRIM, Kepong.

Hujan masih turun renyai2 di pekan Kundasang, yg terletak di kaki Gunung Kinabalu. Kereta kami bergerak perlahan kerana jalan sesak, ramainya umat manusia, seperti terdapat satu pesta di pekan ini. Di tepi2 jalan penuh khemah dan stall orang berniaga, ada yg jual sayur, makanan, pakaian, dll.. kereta2 pun parking sesuka hati di bahu jalan. Kami sudah tiba di roundabout yg terdapat batu berbentuk kobis di tengah2nya.. ini merupakan salah satu simbol pekan kundasang ini. Suasana sangat riuh. Rupa2nya di bawah sana terdapat pertandingan motor cross, motor scrambler melompat2 melalui trek berlumpur akibat hujan.. saya tak pernah cuba motorcross ni, selalunya main mtb downhill santai2 saja.. sempat juga kami membuka tingkap kereta utk melihat dgn lebih jelas suasana sekitar sambil menghirup udara kaki gunung yg segar. Jalan diteruskan (jem bumper to bumper) menghala ke Dream world resort. Kami ternampak muzium Kundasang di sebelah kanan jalan. Sesiapa yg berminat dgn sejarah peperangan di Sabah boleh melawat muzium ini. Kami tahu berhampiran muzium ini ada dijual kepak ayam yg famous katanya, pun ada dalam plan kami. Tapi nanti lah petang kita singgah. Hilangkan penat. Cari hotel dulu.

Jam 3:00pm kami sampai di Dream World resort. Sesi check in berjalan lancar. Pekerja di kaunter juga mesra. Kami sempat berbual dan bertanya tentang tempat2 menarik di kundasang. Rupa2nya hari itu memang ada pesta, yang dinamakan Pesta Kobis. Wow, patutlah ramai sangat orang. Pesta ini berterusan selama 3 hari, jumaat hingga Ahad. Ia merupakan event penting di dalam kalendar penduduk di sini. Petang ni kami akan ke sana lagi..

Dream world resort ini terletak betul2 di kaki Gunung Kinabalu. Bilik kami menghadap pekan Ranau. Sayup mata memandang. Panorama di sini sangat superb! Berdiri di balkoni sambil memandang keluar, angin sejuk dan kabus menghempas wajah.. tak terkata.. subhanallah.. rehatkan diri sambil berbaring2 di katil yg empuk. Tak perlu aircond. Memang dah sejuk.

Jam 5:00pm kami turun semula ke pekan kundasang. Keadaan masih sesak. Niat nak masuk muzium dan mencari kepak ayam terpaksa dibatalkan. Hujan on and off. Perut lapar. Perlu cari makanan, merangkap dinner lah ni. Saya nak cuba kedai atau gerai2 di tepi jalan tapi nelly macam tak setuju.. hmm.. ada betulnya sebab entah mengapa banyak sangat lalat di sini. Kena jaga hygene. Last2 kami decide nak maka di KFC sahaja. Ceh, tak thrill betul. Parking pun susah. Kami dapat parking agak jauh, dalam hujan lebat kami berlari2 ke kfc sambil kebasahan sikit. Payung ada satu saja, biar diaorang yg pakai. Ok, ayam goreng and burger for dinner.

Petang itu kami habiskan masa berjalan2 di sekitar pasar pekan kundasang. Jalan kaki sahaja sambil beli stok makanan ringan, in case malam ni lapar. Kami sempat melepak di satu dataran kecil di tengah2 pasar. Ada khemah, pentas dan band bermain muzik lagu2 tradisional. Kerusi didepan pentas dah penuh. Kami menyaksikan persembahan dari belakang. Nelly mengharapkan band tersebut memainkan lagu Taylor Swift. Agak2 laa.. Di sebelah pentas kami dapati ada sebuah rumah mini yg dibuat dari sayur kobis. Besar jugak. Agaknya inilah yg disebut pesta kobis. Tak pasti apa tujuan rumah kobis ni (tak sempat nak tanya pakcik2 sebelah ni, semua asyik layan lagu). Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami dihadiahkan dengan sesuatu yg pertama kali kami saksikan, iaitu pelangi hadir betul2 di depan mata dan sangat hampir dgn kami. Bukan satu tetapi dua pelangi. Kami jakun. Tetapi ianya mungkin sudah biasa bagi penduduk kaki gunung di sini.. apapun, subhanallah dan syukur untuk peluang sebegitu.

20161210_165928-01

Gambar: Rumah mini diperbuat daripada sayur kobis. Pesta Kobis di pekan Kundasang

20161210_170710-01

Gambar: Pasar Kundasang. Hujan, basah. Menjadi Lokal.

Screenshot_2017-09-17-19-29-58-1

Gambar: View dari balcony. Sunset. Simply breathtaking..

20161210_175613_Richtone(HDR)_1505677424937

Screenshot_2017-09-18-03-49-32-1

Screenshot_2017-09-17-22-41-37-1

Gambar: Day 1 route

Untuk hari pertama ini, beberapa perkara berlaku tidak mengikut perancangan, tiada canopy walk, tiada kepak ayam kundasang. Tetapi sebaliknya kami digantikan peluang untuk merasai kehidupan seperti penduduk lokal dengan berjalan di pasar kundasang, menyaksikan pesta kobis, berjalan dalam hujan renyai2 menyaksikan pelangi kembar di depan mata!

Perlukan rehat yg cukup untuk adventure yg lain di esok hari. InsyaAllah.

End of Day 1.

 

Kembara Itu Luas

‘It’s not about the destination, it’s about the journey’… ‘If travel is free, you would never see me again’…

Ini antara famous quote yg kita sering dengar berkenaan kembara, travel. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mencari kepuasan dalam kembara mereka. Ada yg gemarkan cara backpackers, road trip, berbasikal dan menunggang motosikal beribu batu jauhnya, ada juga menggunakan tren merentas benua dan tak lupa acara travel sambil food hunting. Anda bagaimana?

Saya mungkin masih di kategori biasa biasa saja, belum mencapai tahap tegar. Weekend Hero! Keluar negara pun masih di tahap negara2 Asia. Tapi yg best semua itinerary (ayat skema), aktiviti,  dibuat sendiri hasil research dan tactical belasahan. Baru thrill! Sekarang dah berfamili, mungkin kena proper sikit.

Kadang2 berkesempatan juga buat road trip (masih kategori domestic), menaiki besikal berkumpulan seperti  trip gamble dari setia alam ke jeram, ke morib dan berVespa solo dalam misi mencari teh tarik ais terbaik di lembah klang..

Mini hiking ke bukit2 santai untuk mencari killer view dan mencari peluang fotografi di tempat2 menarik demi merakam momen penting seperti melihat kapal terbang landing dari jarak dekat disulami sunset indah di jalan petaling, klia..

Semoga diberi peluang dan kesihatan yang baik dari Allah SWT..

20170129_093812_1485670447413.jpg

Basikal mtb yg berbakti dengan sangat hebat sejak 2013. Gambar iras2 seperti di China, tetapi lokasi sebenar hanya di Jalan Paip, Klang.

Screenshot_2017-09-14-23-09-45-1-1

VespaFoodHunting secara solo ke Warung Qawwan (saya panggil warung pendekar). Semua staff kedai ni berpakaian ala2 pendekar, tengkolok, samping dan keris di pinggang!

Screenshot_2017-09-14-23-23-09-1

Di Mount Seoraksan, South Korea. Antara trip terbaik saya dan isteri..

20170430_190723-01

Road trip ke utara tanah air berhenti sebentar di Bandar diraja Kuala Kangsar untuk bersantap, dan one of my favorite scene… sunset!

Ok, sekadar intro. Akan kembali dengan lebih detail perkongsian trip2 dan mini adventure. InsyaAllah..

Prolog

IMG-20170423-WA0036_1493009772537.jpg

Adventure ialah sesuatu yang subjektif, bergantung kepada tafsiran dan expectation setiap individu. Di page ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak mini adventure yang saya (dan keluarga) telah dan bakal lalui. Bukanlah sesuatu yang sangat hebat tetapi cukup untuk kami belajar dan terus menghargai hidup dan anugerah Ilahi ini. Perkongsian yang diharap dapat memberi rujukan, tips dan inspirasi kepada yang membaca. Dunia ini luas untuk diteroka. Jangan pernah berhenti belajar. Semoga dipermudah..

Salam Hormat.